Salam...
Menerusi kuliah pada minggu ini 2 perkara telah dipelajari iaitu berkaitan sejarah muzik tradisinal dan zikir di Malaysia. Berdasarkan sejarah muzik tradisional saya dapat mengetahui dengan jelas berkaitan perkembangan muzik tradisional di Malaysia, pengaruh luar seperti Barat, India, China dan Timur Tengah terhadap muzik tradisional serta peralatan-peralatan muzikyang dibawa masuk oleh pengaruh luar. Sementara dalam aspek zikir saya dapat mengetahui dari sudut sejarah, pengaruh dari sudut agama, upacara yang melibatkan zikir serta muzikal yang digunakan.
Berdasarkan sejarah perkembangan muzik tradisional di Malaysia merangkumi 3 tahap iaitu i) Barat ii) Timur Tengah, china dan India dan iii) Dunia Melayu Lama (Indonesia, Thailand dll). Perkembagan muzik tradisional bermula dari pedagang dari China dan India iaitu sejak abad 1 masihi. Kemudin diikuti dengan pengaruh Islam iatu pedagang Arab ke Tanah Melayu pada abad ke 7 masihi dan mula meluas pada kurun ke 13. Kedatangan pengaruh luar seperti kepercayaan, bahasa, kesenian dan kesusateraan turut dibawa ke Tanah Melayu. Jelas dilihat sebelum kedatangan Islam kesenian berasaskan unsur Hindu-anismisme seperti jampi serapah sebelum memulakan perembahan. Selepas kedatangan Islam ayat-ayat suci Al-Quran dimasukan sebelum memulakan persembahan. Antara alat muzik tradisional yang masih dikekalkan sehingga hari ini adalah seperti Gambus, Rebab, Sitar, Serunai, Kompang, dan Gong. Terdapat beberapa seni persembahan dari pengaruh luar yang dapat lihat di Malaysia antaranya Wayang kulit merupakan pengaruh dari China dan Jawa ada juga mengatakan dari India, Hadrah dan Dabus iaitu berasal dari Arab, Nobat yang berasal dari Parsi, Ghazal berasal dari arab, Bangsawan yang berasal dari India dan Barat, Tarian Singa dan Tarian Naga merupakan persembahan dari masyarakat China. Sementara kedatangan pengaruh eropah pada kurun 14 telah membawa budaya yang tersendiri seperti alatan muzik gitar, biola dan carvichord berasal Portugis, Mandolin, Banjolin dan gittern dari Belanda dan piano ,trompet dan seksafon iaitu dari Inggeris. Hasil daripada pembelajaran ini dapat disimpulkan bahawa muzik tradisional Malaysia adalah berasal dari budaya pengaruh luar. Apabila budaya kesenian pengaruh luar berkembang ke Tanah Melayu maka ia berubah mengikut budaya penduduk tempatan antaranya wayang kulit dari India diaplikasikan di Tanah Melayu dengan menggunakan bahasa penduduk tempatan dan begitu juga dengan peralatan muzik mengubah dari sudut persembahan tetapi tanpa mengubah struktur asal peralatan tersebut.
Menerusi perbincangan berkaitan zikir dapat diketahui secara mendalam istilah dan sejarahnya. Zikir bermasud mengingati Allah s.w.t bilamana dan dimana sahaja berada dengan cara yang dibolehkan oleh syarak seperti ucapan atau dengan hati. Zikir adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepasa Allah dan meninggalkan larangannya. Zikir berasal dari bahasa Arab iaitu ingat dan sebut. Dalam Islam zikir merujuk kepada ingat atau menyebut nama-nama Allah. zikir terbahagi kepada 2 iaitu Zikir Qalbi iaitu dilakukan dengan hati dan Zikir Lisani dilakukan dengan lidah. Terdapat beberapa pendapat tokoh berkaitan degan zikir iaitu Imam An-Nabawi menyatakan sebutan zikir merangkumi aspek gerak hati, sebutan dan amalan dan Imam Hassan Al- Banna menyatakan zikir adalah sebahagian untuk mendekati diri dengan Allah seperti bertaubat. Jika dilihat dalam aspek sejarah zikir di Tanah Melayu bermula seiring dengan kedatangan Islam pada abad ke 7. Zikir dijadikan amalan hidup umat Islam. Pengaruh zikir di Tanah melayu dapat dikategorikan sebagai pengaruh dari Mazhab Shafie dilakukan selepas solat , pengaruh dari tarikat iaitu tarikat Ahmadiah dan Naqsabandiyah setiap tarikat mempunyai kalimah-kalimah Allah dan pengaruh lain seperti Fatihah adz-dzkir iaitu duduk dalam lingkaran imam berada ditengah pusat lingkaran dan zikir al-asma al-husna berdasrkan kebijaksanaan seorang pembimbing khusus untuk membimbing anak buahnya. Sementara dari aspek upacara melibatkan zikir adalah tahlil iaitu apabila ada kematian dan sambutan hari kebesaran Negara seperti di Indonesia. terdapat perbezaan antara zikir, berzanji dan selawat antaranya zikir merupakan kata mengagungkan kebesaran Allah, berzanji merupakan syair untuk nabi Muhammad dan selawat adalh puji-pujian keatas nabi dan Rasul. Zikir adalah satu ibadah setiap umat islam kerana dapat memberi ketenangan jiwa, membantu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dan terpelihara dari perkara larangan. Zikir menggunakan alat muzik jenis membranofon iaitu rebana. Zikir dari segi muzikal dapat diklasifikasikan kepada 2 iaitu selabik da mono sematik. selabik iaitu lagu yang dibawa adalah satu persatu dan mono sematik adalah lagu yang beralun. Dapat disimpulkan bahawa zikir bukan semata-mata digunakan selepas solat malah dimana jua berada. Amalan zikir adalah amalan yang terbaik untuk umat Islam dan perlu diamalkan sehingga menjadi darah daging kita, bukan sahaja untuk mendapat pertolongan dan keluasan rahmat dari Allah bahkan mendapat pahala yang besar. Menurut Sabda Rasullulah s.a.w : "orang-orang yang selalu lidah mereka lembut basah kerana banyak berzikir menyebut nama Allah itu akan masuk syurga dalam keadaan riang gembira dan senang".
0 comments:
Post a Comment