Friday, August 20, 2010

Minngu 6: Jurnal Refleksi

Salam...
Hasil pembelajaran minggu ni amat menarik kerana berpeluang mengetahui teater tradisi makyung dan alat muzik kompang.  Dalam minggu ini membincangkan topik yang popular kerana merupakan permainan muzik yang melambangkan identiti negara Malaysia. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan sejarah, persembahan dan alat muzik Makyung serta muzik Makyung.  


Makyung dapat dikategorikan sebagai bentuk seni lakon yang menggunakan pelakon manusia yang mengisahkan penceritaan. Dalam konteks sejarah, Makyung berasal dari Patani dan tersebar luas di Semenanjung Malaysia , Medan dan Kepulauan Riau lingga di Indonesia.  seterusnya dipopularkan di Kelantan dan Kedah pada 200 tahun dahulu.  Persembahan Makyung  pada satu ketika dahulu adalah bertujuan ritual seperti untuk menyembuh penyakit melalui Main Puteri.  Alat muzik utama dalam Makyung seperti gendeng, tetawak dan sebuah rebab 3 tali.  Dalam Makyung, Rebab merupakan alat muzik yang memainkan melodi utama. bentuk lagu-lagu Makyung ditentukan melalui sistem gong dan ia dikawal menggunakan tetawak. sistem gong dalam Makyung menggunakan 8 bit, 16 bit dan 32 bit.  sementara irama dalam persembahan Makyung menggunakan 4 timbre (cak, duh, cak, ting).  irama dalam Makyung adalah meningkah dan hampir semua lagu Makyung bertempo perlahan. contoh lagu dalam Makyung adalah Lagu Ela, Mengulit Raja Nak Tidur, Jembar Welu atau Kijang Emas, Sedayung Pakyung dan sang atau Penyudah.


Manakala kompang, dalam aspek sejarah berasal dari Arab di Asia Barat. ompang dikenali sebagai Dufuf, Daff, Duff, Tar atau Bendir.  Di Indonesia dikenali sebagai terbang atau rebana.  Kompang  dibawa dari Arab pada kurun ke 13 masihi. Kompang dapat  diklasifikasikan sebagai membaranofon iaitu kelas dram kecil. fungsi kompang dimainkan dalam masyarakat Melayu adalah sebagai meraikan perkahwinan, majlis keraian Islam, Maulidurrasul, berkahtan dan Menyambut ketibaan pemimpin sebagai acara rasmi.  Bahagian penting alat muzik kompang adalah belulang dipermukaan tengah yang diperbuat daripda Kambing Betina dan Belulang Baluh diperbuat daripda kayu nangka. terdapat 4 jenis kompang antaranya Kmpang Hadrah (Negeri Perak), Kompang Johor/ Jawa, Kompang Eizhar (Negeri Selangor) dan Kompang Kelalng (negeri Melaka).  Kompang terdiri beberapa saiz mengikut peringkat umur antaranya 30 cm (12tahun), 32,5cm (13 dan 14 tahun), 35 cm (15 dan 16 tahun) dan 37.5 dan 40 cm (dewasa).  terdapat 3 jenis pukulan kompang iaitu Melalu, Meningkah dan Menyilang.  Penalaan kompang du=ilakukan untuk meninggikan ton bunyi kompang dan menegangkan permukaannya dengan menggunkan sedak. sedak diperbuat daripada rotan atau wayar plastik.  terdapat 3 jenis rentak asas dalam memainkan kompang antaranya Inang, Masri dan Asli.




Secara kesimpulannya, daripada pembelaran yang dijalankan saya dapat mengetahui berkaitan permianan tardisi masyarakat melayu  iaitu Makyung dan Kompang.  Melaui pembelaran ini saya dapat mengenali cara persembahan Makyung serta alatan-latan yang digunakan misalnya rebab merupakan alat muzik utama dalam persembahan.  sementara kompang saya dapat mengetahui terdapat pelbagai jenis saiz kompang dan mengikut kesesuaian umur. Selain itu juga saya berkesempatan mempelajari kompang dengan membawa rentak Asli asas, Masri Asas dan Inang Asas.  Ia merupakan pengalaman pertama saya memegang kompang dan sedikit sebanyak saya dapat memperlajari cara memegang dan memukul kompang.  Pada mulanya agak kekok saya memegang kompang sementara untuk disesuaikan dengan diri saya. tapi dalam masa 30 minit memainkannya saya dapat memegang dengan selesa dan memukulnya seperti mana yang di ajar oleh En Amran.  sebenarnya, saya amat berminat dengan permainan tradisonal tetapi sebelum ini tidak ada pelunag saya memainkannya. Saya berharap kelas Muzik Tradisional dapat meluangkan masa untuk saya dan rakan-rakan yang berminat mengadakan kelas tambahan untuk memainkan peralatan tradisional kerana 30 minit tidak cukup bagi pelajar baru untuk meyesuaikan dengan peralatan tersebut. Saya harap dapat mengadakan satu kelas lain untuk khaskan untuk memainkan peralatan-peralatan tersebut. sekurang-kurangnya mengetahui cara bermain asas permainan tersebut dengan membawa sebuah lagu. Sebelum mengakhiri ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih pada En Amran dan rakan-rakan dari kelas muzik kerana mengajar saya dalam memainkan peralatan muzik Tradisional.
Teruskan Membaca...

Saturday, August 14, 2010

Minggu 5: Jurnal Refleksi


Salam....

Minggu ini mempelajari berkaitan muzik Gamelan dan Caklempong. Kuliah  ini telah menyentuh aspek sejarah, alat muzik dan sistem tuning.  Muzik Gamelan dan caklempong ini merupakan permainan ensembel yang menjadi warisan seni Tanah Semenanjung sebagai lambang identiti penduduk tempatan. Maka adalah wajar dihayati keunikan seni muzik ini agar sentiasa terjaga dan dipelihara.

Gamelan


Jika dilihat dalam konteks sejarah muzik Gamelan, berasal dari  Indonesia dan dalam bahasa Jawa "gamel" yang bermaksud ditabuh atau dipukul.  Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah dan Isterinya Cik Zubedah.  mereka dikurniakan Tengku Ampuan Marian yang berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 1913 dan membawa gamelan ke Terengganu. pada 1920 selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu yang diketua oleh Tengku Meriam.  pada 1936 Sultan dan Permaisurinya berjaya memliki set sendiri. Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong lancang kuning dan sebagainya.  Tengku Mariam jelah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman bertanggungjawab menukatkan Joget Pahang kepada Joget Gamelan Terengganu.  Identiti Muzik Gamelan Melayu dan Jawa dipisahkan melaui penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi dan melodi.


Muzik Gamelan terengganu adalah lebih mudah dibandingkan dengan muzik gamelan Johor/ Jawa. Antara set alat gamelan Terengganu mengandungi 7 alat iaitu gendang, bonang/keromong, saron barung, sarun penerus.pekin, gambang, kenong dan gong. Sementara alat gamelan Jawa adalah lebih kompleks iaitu 9 peralatan seperti gendang, bonang/keromong, demung, saron barung, saron penerus.pekin, gambang, kenong, kempol dan gong.


Terdapat beberapa jenis2 gamelan yang dapat dilihat seperti gamelan Jawa, gamelan bali, gamelan sunda, gamelan banyunwangi, gamelan kromong dan gamelan amerika. 


Gamelan Terengganu








Gamelan Jawa







Caklempong


Muzik caklempong telah dibawa ke tanah melayu oleh masyarakat Minangkabau dari sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke 14. masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai talempong. Muzik ini popular di Daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. Pada zaman Tradisi caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan Sultan. Hari ini dimainkan untuk pelbagai upacara seperti perkahwinan, perasmian keraian, iringan pencak silat, tarian dan sebagainya. Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai muzik warisan milik semua dan bukan sahaja tertumpu di Negeri Sembilan.  Muzik caklempong kini telah diajar di institut perguruan seluruh negara dengan tujuan menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional di Malaysia.


Muzik caklempong diiringi dengan alat muzik seperti tingkah, sauwa/saua, gedang, bangsi, serunai, Gereteh, dan bonang. Dalam persembahan masa kini kumpulan caklempong dibahagi kepada tiga bahagian mengikut fungsinya iaitu bahagian gereteh memainkan melodi, tingkah dan saua memainkan rithme secara berhamofoni sebagau unsur pelengkap kepada irama sebuah lagu.






Caklempong UPSI







Caklempong Ayam den Lapeh



Teruskan Membaca...

Tuesday, August 3, 2010

Minggu 4: Jurnal Refleksi

Salam....

Kuliah minggu ini sangat menarik iaitu berkaitan topik wayang kulit.  Dari pembelajaran yang lepas saya dapat mempelajari terdapat beberapa jenis wayang kulit, alatan muzik yang digunakan serta dapat membezakan wayang kulit yang terdapat  di Malaysia. Terdapat empat jenis wayang kulit di Malaysia antaranya wayang kulit jawa, gedek, melayu dan kelantan.  

Wayang kulit jawa dipopularkan oleh orang Jawa di Johor dan Selangor. Wayang kulit ini tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji (perang).  wayang kulit ini menggunakan dialek bahasa Jawa dan bahasa melayu tempatan juga turut diselit dalam penceritaan. Patung dalam wayang ini mengerakkan kedua-dua belah tangan.  Wayang kulit ini menggunakan alat muzik jenis kategori membranofon idiofon.

Wayang kulit Gedek dipopularkan di kedah dan Perlis yang berasal dari Thailand. penggunaan bahasa dalam wayang kulit ini ialah campuran bhasa Thai dan bahasa tempatan ( biasanya Loghat Siam atau Melayu Kedah). wayang kulit ini menggunakan alat muzik jenis kategori kordofon, membranofon, aerofon dan idiofon.

Wayang kulit Melayu (wayang Jawa) dipengaruhi oleh wayang Purwa dari Indonesia.  Wayang ini dipengaruhi oleh cerita Panji (perang).  Wayang ini masih ada dimainkan di Negeri Kelantan.  Pergerakan tangan patung digerakkan kedua-dua belah.  Patung wayang ini mudah dikenalpasti iaitu mengikut kedudukan kepala.  patung baik menunduk ke bawah dan tubuh kecil manakala patung kasar atau sombong berhidung besar dan mendongak ke atas.  wayang ini menggunakan bahasa jawa dan bahasa tempatan.  jenis kategori alat muzik dalam wayang ini adalah kordofon, membrafon dan idiofon.

Wayang kulit kelantan merupakan teater rakyat yang sangat popular kerana jalan cerita mempunyai watak peran (pelawak). biasanya menggunakan dialek kelantan yang mempamerkan pengaruh patani.  Jenis kategori alat muzik  wayang ini adalah membranofon, aerofon dan idiofon.

Hasil pembelajarn yang saya dapat adalah mengetahui persamaan dan perbezaan wayang kulit yang terdapat di Malaysiakhususnya bentuk patung yang diukir.  jika dilihat W. K Jawa dan W.K Melayu pengaruh dari Jawa manakala W.K Gedek dan W.K Kelantan pengaruh dari siam. pergerakan tangan bagi W.K Jawa dan Melayu melibatkan kedua-dua belah dan Wk. Gedek dan Kelantan hanya sebelah tangan. Selain itu terdapat juga perbezaan dari sudut alat muzik yang dimainkan. 
Teruskan Membaca...

Saturday, July 31, 2010

Minggu 3: Jurnal Refleksi

Salam..
Kuliah minggu ini saya mendapat pendedahan dari sudut kaedah mengklasifikasikn, mengkategorikan dan mencirikan muzik tradisional. Hasil pembelajaran saya melalui kuliah ini adalah mengetahui dan memahami muzik tradisional Malaysia dalam aspek "adaptational" dan Idiosyncratic. Di Semenanjung Tanah Melayu kebanyakan  muzik tradisional banyak dipengaruhi bentuk muzik negara jirannya iaitu dari Indonesia dan Thailand dan juga dipengaruhi oleh gaya muzik jauh seperti Portugis, Filipina dan China. Antara jelas kita dapat lihat ialah Joget merupakan popular di Melaka iaitu adaptasi dari zaman kependudukan Portugis. Manakala dari sudut Idiosynratic pula muzik yang dimainkan mempunyai gaya/ cara yang tersendiri tanpa mengubah apa-apa perubahan sifat semulajadi misalnya pengunaan peralatan  rebana, tambur, gong yang dimainkan dalam joget tidak mengubah struktur asal peralatan tersebut. 

Menerusi kuliah ini, saya dapat memahami dan mengetahui budaya muzik bagi sesebuah negara. Jika dilihat dalam konteks Malaysia, budaya muzik dipengaruhi dari budaya barat iaitu menggunakan 4 kategori peralatan muzik seperti idiofon, membrafon, kordofon dan aerofon. Kuliah ini juga dapat saya mempelajari klasifikasi alat muzik jenis perkusi, bertali dan tiupan.

Disamping itu, muzik tradisional Malaysia mempunyai 4 kategori utama iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkratik dan muzik kontemporari.Muzik Rakyat dapat diklasifikasikan sebagai muzik yang dimainkan oleh masyarakat desa/ rakyat tempatan sebagai cerminan budaya mengikut tempat masing-masing. misalnya zapin popular di Johor, Wayang Kulit di Kelantan. Sementara Muzik Klasik biasanya dimainkan di Istana atau golongan bangsawan yang kini masih mengikut adat Melayu contohnya dalam pertabalan diraja diiringi dengan gamelan, nobat dan sebagainya. Sementara sinretik biasanya dimainkan oleh rakyat dan klasik seperti ghazal, dongdang sayang kerana jenis muzik ini adalah bersifat fleksibel. Maka sesuai digunakan untuk rakyat dan golongan istana. Manakala muzik kontemporari lebih bersifat kebaratan seperti Brassband, Pop Orkestra dan sebagainya.

Kuliah ini juga, dapat memberi banyak input pada saya khususnya berkaitan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia.  Terdapat 6 ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia. Antaranya bentuk seni lakon, bentuk tarian, Ensemel genderang, Vokal dan Intrumental, Esembel Sosial dan esembel lain.   Misalnya upacara silat dan tarian dapat dikategorikan bentuk Muzik Esembel Genderang merupakan "Stand alone " atau mengiringi muzik bentuk tarian utama contohnya pergerakan pesilat mengiringi muzik.



sebagai contoh Muzik Ensembel Genderang (Silat)






Teruskan Membaca...

Friday, July 30, 2010

Minggu 2: Jurnal Refleksi

Salam...

Kuliah minggu ke 2 banyak mengajar saya ke alam mengenal dunia muzik sebenar. Saya rasa bersyukur dapat mengikuti kelas muzik ini kerana menerusi kelas ini banyak perkara yang dapat dikenalpasti... Kelas ini mendedahkan teori pada saya berkaitan soundscape, budaya muzik, sejarah, kategori dan struktur muzik.
Menerusi kelas minggu ini saya diajar untuk menghayati bunyi dengan menggunakan deria pendengaran, disamping itu, dapat menambah ilmu pengetahuan dalam perkembangan sejarah muzik yang bermula pada zaman melayu proto dari pengaruh hindu hingga pengaruh barat.


Menerusi kuliah ini juga dapat memberi input pada saya berkaitan dengan kategori2 muzik seperti kordofon, membranfon, aerofon dan idiofon.  Kategori  peralatan muzik ini adalah penting bagi sesuatu majlis kerana yang saling memerlukan antara satu sama lain. Selain itu saya juga diajar dalam mengenalpasti struktur / konsep dalam muzik. Misalnya dari sudut bentuk, harmoni, ritma, melodi, ekspesi dan notasi.  sebagai melengkapkan lagi ilmu pengetahuan saya melatih diri saya dalam mengetahui dengan lebih lanjut dengan melayari laman web. Berikut merupakan rujukan pada kawan2 dalam mengenalpasti peralatan muzik tradisional mengikut kategori seperti kordofon, membranofon, aerofon, idiofon yang saya dapat. Jika ada peralatan lain bolehla kita sama2 berkongsi.


 
Kordofon ; Gambus, Rebab, Pipa, Yang Qin
Rebab




































Membrafon : Beduk, Geduk, Kompang, Rebana uni
Beduk












Erofon : Seruling, Nafiri, Serunai, Sompoton


Sompoton














Idiofon : Anglung, Caklempong, Sarong Barong, Kenong, Saron, Tetawak

Caklempong
Teruskan Membaca...

Thursday, July 29, 2010

BIODATA

Nama :Noor zarina Binti Maulot
No Matriks:D20072031382
Program:Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
Kumpulan:A
Semester:Enam (6) / Semester 1 2010/2011
Subjek:SMP 2252 – Muzik Tradisional
Email:rinzsmp2252@gmail.com
Alamat Blog:http://smp2252noorzarina.blogspot.com/
Negeri Asal:Perak
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP.A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    15 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    15 years ago
  • REFLEKSI KESELURUHAN - SALAM... Setelah 14 minggu bersama di dalam kelas SMP 2252 Muzik Tradisional ini telah banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan saya kira rakan-rak...
    15 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    15 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    15 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    15 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    15 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    15 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    15 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    15 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    15 years ago
  • BIODATA - Nama : Wan Fadillah Wan Hamat No Matriks : D20072031385 Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Kumpulan : A Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/...
    15 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    15 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    15 years ago

BLOG PELAJAR KUMP.B

BLOG PELAJAR KUMP.C

SMP2252 Noorzarina Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template