Saturday, October 30, 2010

Minggu 14: Jurnal Refleksi



Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak perkara dapat saya pelajari. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Amran selaku pensyarah yang banyak mambantu dan mengajar saya serta rakan2 yang lain . Dan tidak lupa juga pada pelajar-pelajar muzik turut memberi sumbangan ilmu yang bermakna kepada saya Saya amat beruntung mengikuti kelas muzik ini kerana melalui kelas ini pelbagai perkara saya dapat pelajari. Berikut adalah:
  1. Mempelajari sesuatu yang baru iaitu "membuat blog"
  2. Mengenali jenis-jenis Muzik Tradisional Malaysia seperti wayang kulit, gendang 24 musim, menora, boria, zikir, ghazal, muzik klasik India, muzik cina dan potehi, muzik orang asli, makyong, muzik sabah dan sarawak, keroncong dan sebagainya.
  3. Mendalami muzik tradisional khususnya dalam aspek sejarah, latar belakang, perlatan muzik, struktur muzik, kategori peralatan muzik dan cara persembahan.
  4. Dapat meningkatkan diri saya dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta dapat memperbaiki kelemahan diri.
Hasil pembelajaran selama 14 minggu pada keseluruhannya adalah amat menarik .  Walaupun pada mulanya agak sukar saya menyesuaikan diri dengan kelas ini.  Tetapi dengan ketabahan dan dorongan daripada kawan2 dapat memberikan saya kekuatan untuk meneruskannya.  Salah satu sebab adalah kerana sem ini terlalu berat bagi saya dengan tugasan yang banyak  tetapi saya masih boleh membahagi masa saya dengan subjek ini dengan setiap minggu menjawab soalan yang dikemukakan dan membuat jurnal refleksi.  Walaupun subjek ini nampak seperti membebankan tetapi ia telah memberi satu suntikan yang amat bermakna bagi saya iaitu memberi saya ketenangan dengan mendalami muzik-muzik tradisional seperti keroncong, dongdang sayang dan sebagainya.  Sepanjang mengikuti kelas ini, saya tidak pernah merasa keboringan kerana kelas ini sentiasa memberi saya banyak maklumat yang saya tidak ketahui dalam muzik tradisional.  Selain itu juga saya amat bertuah kerana dapat tenaga pengajar yang berpengalaman dan sikapnya yang tegas dan sempoi membuatkan saya dan rakan-rakan lain tidak pernah merasa bosan mengikuti kelas.

Jika dilihat dari sudut teknikal kelas muzik ini saya amat berpuas hati tetapi sepatutnya perlu diseimbangkan antara teori dan praktikal.  Untuk pengetahuan, saya amat berminat dengan permainan alat-alat tradisional khususnya kompang dan caklempong.  Tidak semua ada kemahiran ini, maka dari sinilah kita dapat mengukir bakat bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk memainkan peralatan ini.  Saya memahami keadaan tidak mengizinkan kerana semester ini terlalu singkat dan tidak dapat memberi  kesempatan untuk kami berlatih dan mendalami peralatan ini secara praktikal.  Sementara kandungan kursus ini adalah amat baik.  Pelajar-pelajar diberi pendedahan semua berkaitan muzik tradisional.  Oleh itu pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh En Amran adalah bertepatan dengan transformasi masa kini.  Dengan cara ini para pelajar dapat belajar dengan kendiri dan segala pergerakan pelajar belajar melalui online (blog) akan dipantau oleh pensyarah. dari semasa ke semasa Manakala dari aspek kerja kumpulan, semua pelajar dapat memberi komitmen yang baik samada di dalam kelas mahupun bekerjasama dalam blog.  

Secara kesimpulannya, kelas muzik tradisional merupakan kelas yang terbaik bagi saya kerana cara pembelajaran adalah berbeza dengan yang lain.  Kelas ini telah memberi 2 pendedahan kepada pelajar untuk belajar iaitu melalui kuliah dan secara online.  Sistem seperti ini adalah wajar diteruskan untuk memudahkan para pelajar belajar secara interaktif dan kolaboratif  dalam memperbaiki kelemahan serta berbincang permasalahan yang dihadapi. 

Diakhir ungkapan kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak2 yang berkenaan yang banyak membantu dan mengajar saya sepanjang mengikuti kelas ini.  Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan2 sepejuangan semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan  yang akan tiba tidak lama lagi. Dan tidak lupa juga kepada En Amran dalam melanjutkan pelajarannya semoga berjaya mencapai impian. 

Sekian Terima Kasih


Selamat Hari Raya Aidil Adha.....:)  

&

Selamat menjawab kertas peperiksaan sesi I 2010/2011



Teruskan Membaca...

Friday, October 15, 2010

Minggu 12: Jurnal Refleksi

Salam.... minggu ini pembentangan terakhir dari kumpulam opera cina dan potehi dan kumpulan muzik tradisional sarawak.  Kumpulan opera cina dan potehi pada keseluruhan adalah mantap dan menghiburkan serta tidak membosankan kerana mempunyai unsur-unsur lawak jenaka.  Tetapi terdapat sedikit yang perlu diperbaiki antaranya penggunaan bahasa dan bagi pembentang-pembentang juga perlu perjelaskan dengan keterangan lanjut dari slide yang dibentangkan.  Manakala pembentang kumpulan kedua pula berkaitan muzik tradisional sarawak secara keseluruhan penyampaian isi adalah baik tetapi perlu perjelasan istilah-istilah penting seperti kolotomik, tonggongu, tonggugak dan lain2. Pembentang-pembentang perlu  bersedia dan mendalami isi-isi sebelum disampaikan kepada kelas. Selain itu para pembentang perlu mengkaji dengan lebih lanjut berkaitan topik yang dibentangkan supaya semasa pembentangan  pembentang mempunyai keyakinan diri terhadap topik berkenaan.  Secara keseluruhannya kedua-dua kumpulan ini dapat menyampaikan isi dengan baik.  Sekian Terima Kasih...
Teruskan Membaca...

Thursday, October 7, 2010

Minggu 11: Jurnal Refleksi

Salam....minggu ini kelas Muzik Tradisional berpeluang sekali lagi dengan persembahan Muzik Ghazal. Pembentangan ini merupakan pembentang kali ke-2 dari kumpulan tersebut kerana pembentang kali pertama tidak menghasilkan maklumat yang lengkap.  Pembentangan ini menunjukkan pembentangan yang lebih baik berbanding sebelumnya yang mana maklumat Muzik Ghazal dapat disampaikan dengan baik kepada pelajar serta faktanya turut memenuhi kehendak yang diperlukan. Tahniah kepada kumpulan ini  kerana dapat memberi pembentangan yang menarik minat pelajar mendekati Muzik Ghazal khususnya Ghazal Phati dan Ghazal Johor. Di saat akhir pembentangan, kumpulan ini dikejutkan dengan satu rombongan dari SMK Malim, Melaka yang mana berlaku sesi soal jawab antara pelajar sekolah dengan guru dari sekolah tersebut.  Pembentangan ini dapat memberi respon yang baik dengan huraian yang tepat atas soalan yang diberikan.  Maka hasil pembentangan ini dapat dikonklusikan bahawa pembentangan ini dapat memberi penerangan dan kefahaman yang mendalam kepada para pelajar berkaitan kedua-dua Ghazal di Malaysia misalnya para pelajar dapat membezakan kedua-dua Ghazal tersebut.
Teruskan Membaca...

Friday, October 1, 2010

Minggu 10: Jurnal Refleksi

Salam...minggu ini kami didedahkan dengan muzik India dan muzik Orang Asli.   Pelbagai perkara dapat diketahui daripada kedua-dua kumpulan ini berkaitan muzik India dan Muzik Orang Asli.  Tetapi kedua-dua kumpulan perlu membuat kupasan terperinci dalam menganalisis muzik yang dibentangkan agar dapat dikongsi bersama. Khususnya dalam aspek perkembangan muzik ini ke Malaysia dan aspek muzikal seperti bentuk dan kegunaan muzik tersebut di kalangan India dan Orang Asli. 

Walau apa pun syabas kepada pembentang2 kerana terdapat juga maklumat2 baru diketahui misalnya Muzik India saya dapat input berkaitan jenis alat2 muzik India.  Sementara dalam muzik Orang asli pula dapat saya pelajari perbezaan kaum dikalangan orang asli serta muzik sewang dikalangan orang asli terbahagi kepada dua.  Bagi kumpulan muzik orang asli, sepatutnya memberi contoh muzik yang kebiasaan dimainkan setiap kaum oang asli dan menyatakan fungsi muzik tersebut di kalangan mereka.  Sekian Terima Kasih...
Teruskan Membaca...

Friday, September 24, 2010

Minggu 9: Jurnal Refleksi

Salam....minggu ke 9 perbentangan dari kumpulan ghazal dan opera cina.  saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir pada kuliah ini. Walaupun saya tidak dapat menghadiri kelas tetapi saya cuba mendapatkan maklumat dari kawan-kawan dan sumber-sumber lain.  Saya  turut terdengar menyatakan kumpulan ini tidak bersedia dengan tajuk yang telah diberikan, walaupun begitu saya turut mengucapkan terima kasih kepada kumpulan ini kerana mampu menyampaikan maklumat yang mereka dapat. Bagi kumpulan2 yang akan membentangkan tajuk seterusnya supaya dapat bersedia dan mendalami tajuk yang telah diberi agar tidak ada keraguan dan kesangsian dalam menyampaikan maklumat dengan tepat.

GHAZAL merupakan persembahan muzik dan lagu-lagu melayu yang bertemakan kasih sayang.  Ghazal berasal daripada tradisi muzik arab yang wujud sejak zaman jahiliah.  Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud lagu dan puisi kasih. Dalam masyarakat melayu, Ghazal dimainkan sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan. terdapat 2 jenis Ghazal di Malaysia iaitu Ghazal Johor (Selatan tanah air) dan Ghazal Phati (Utara tanah air).  Antara alat iringan Gahzal Johor ialah Gambus, Violin, Harmonium, Guitar, Tabla, Mandolin, Jidur/ duff dan Tamborin/ maracas.  Manakala alat bagi mengiringi Ghazal Phati ialah Gambus, Accordian, Gitar, Mandiolin, Flute, Bongo/drum/congga, Tamborin/maracas, Double Bass/ bass elektrik dan keybord.







OPERA CINA adalah bentuk drama dan muzik teater di Cina.yang telah berkembang sejak abad ketiga masihi. Opera cina menunjukan keseluruhan pementasannya di sampaikan dengan mengabungkan muzik, nyanyian, tarian dan lakonan.  pementasan persembahan opera ini lebih kepada pengkisahan kehidupan di dalam istana.  Watak-watak yang selalu digunakan ialah watak raja, puteri dan putera raja, jeneral askar-askar, dayang-dayang dan pengasuh raja.  Opera lebih terkenal dengan keunikan lagu-lagunya dan teknik vokal nyanyianya.  penyanyi opera akan menyanyi bersama kumpulan muzik yang mengiringi alat muzik seperti goahu, yehu, yangqin, sona, Hawaii guitar, saxophone, electric yin, zhonghu, sanxian dan percussion.  Terdapat 4 watak utama dalam opera cina iaitu Sheng( lelaki), dan (Wanita), Jing(lelaki wajah berlukis) dan Chou(pelawak lelaki).

Teruskan Membaca...

Thursday, September 2, 2010

Minggu 8: Jurnal Refleksi

Salam...

Kali ini perbentangan dari kumpulan saya iaitu Boria.  Sebelum ini saya pernah mendengar persembahan ini dan pernah bergiat dalam persembahan ini semasa di bangku sekolah rendah. Hal ini mungkin kerana saya belajar di kawasan utara maka sekolah saya mewujudkan pasukan boria dikalangan pelajar.  Tetapi kini pasukan boria ini tidak lagi wujud di sekolah. Hal ini kemungkinan disebabkan guru-guru sekarang tidak mahu ketengahkan perkara ini ataupun guru-guru tidak didedahkan latihan dengan teater tradisi semasa menjalani latihan perguruan.  

Walau bagaimanapun setelah mendalami muzik boria ini banyak perkara saya dapat pelajari antaranya mengetahui asal usul boria. Boria adalah bersadarkan peristiwa keramaian kaum Yazid di Makkah selepas membunuh cucu Nabi Muhamad (s.a.w) di Karbala dalam bulan Muharram.  Tujuan persembahan pada ketika itu bukanlah sebagai perayaan tetapi sebagai mengenang kematian Hassan dan Hussain di Karbala.  

Persembahan ini popular di Pulau Pinang iaitu bermula dari kumpulan pekerja India dari British East India company.  Organisasi kumpulan ini terdiri daripada 40-60 orang tetapi kini 20-40orang bergantung kepada tranformasi dan peredaran masa. Antara elemen penting dalam pasukan boria ialah pelakon, ahli muzik, kelasi dan tukang karang. Dalam pasukan ini tukang larang memainkan peranan penting sebagai nadi pengerak persembahan kumpulan. Terdapat 2 bahagian penting dalam pasukan ini iaitu sketsa lucu dan nyanyian vokal dan tarian.

Peralatan muzik boria adalah berubah mengikut peralihan masa iaitu pada awal persembahan alatan muzik seperti biola, gambus dan gendang digunakan. 1941-1945 semasa kependudukan Jepun harmonika digunakan. 1950 persembahan diiringi dengan kugiran yang terdiri daripada drum dan gitar. 1960-70an kugiran ditambah dengan kibord/organ. 1990 hingga kini kibord digunakan secara meluas.  Walaupun begitu Ensembel asli masih digunakan khususnya untuk mengiringi nyanyian joget, inang dan zapin seperti akordian, biola, rebana dan gong. Tekstur muzik boria lebih berbentuk homofonik dan berbentuk pengulangan (persamaan, keserupaan frasa conthnya menggunakan sistem ABA, AABA dan sebagainya mengikut rangkap tema.  Kebanyakkan muzik boria adalah berbentuk diatonik dan menggunakan meter empatan dan harmoninya biasanya terdiri daripada kod asas I, IV dan V dalam permainan piano.

Jika dilhat pertunjukkan boria kini dapat dikatakan sebagai tidak khusus dan saling berubah mengikut peralihan masa serta mengikut cita rasa penonton.  Terdapat banyak perubahan berlaku terutama aspek pakaian lebih seragam berbanding dahulu serta rentak persembahannya lebih kepada rentak kontemporari muzik barat seperti cha-cha, mambo dan slow rhumba. Perubahan dalam persembahan boria ini bukanlah sebagai mengancam keaslian boria malah untuk mewujudkan teater lebih bersifat kontemporari supaya teater tradisi ini sentiasa terjaga dan terpelihara daripada pupus..

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin...=)


Berhati-Hati di Jalan Raya...Ingatlah Orang Yang tersayang


Teruskan Membaca...

Sunday, August 29, 2010

Minggu 7: Jurnal Refleksi

Salam...
Menerusi kuliah pada minggu ini 2 perkara telah dipelajari iaitu berkaitan sejarah muzik tradisinal dan zikir di Malaysia.  Berdasarkan sejarah muzik tradisional saya dapat mengetahui dengan jelas berkaitan perkembangan muzik tradisional di Malaysia, pengaruh luar seperti Barat, India, China dan Timur Tengah terhadap muzik tradisional serta peralatan-peralatan muzikyang dibawa masuk oleh pengaruh luar. Sementara dalam aspek zikir saya dapat mengetahui dari sudut sejarah, pengaruh dari sudut agama, upacara yang melibatkan zikir serta muzikal yang digunakan.

Berdasarkan sejarah perkembangan muzik tradisional di Malaysia merangkumi 3 tahap iaitu i) Barat ii) Timur Tengah, china dan India dan iii) Dunia Melayu Lama (Indonesia, Thailand dll). Perkembagan muzik tradisional bermula dari pedagang dari China dan India iaitu sejak abad 1 masihi.  Kemudin diikuti dengan pengaruh Islam iatu pedagang Arab ke Tanah Melayu pada abad ke 7 masihi dan mula meluas pada kurun ke 13. Kedatangan pengaruh luar seperti kepercayaan, bahasa, kesenian dan kesusateraan turut dibawa ke Tanah Melayu. Jelas dilihat sebelum kedatangan Islam kesenian berasaskan unsur Hindu-anismisme seperti jampi serapah sebelum memulakan perembahan.  Selepas kedatangan Islam ayat-ayat suci Al-Quran dimasukan sebelum memulakan persembahan. Antara alat muzik tradisional yang masih dikekalkan sehingga hari ini adalah seperti Gambus, Rebab, Sitar, Serunai, Kompang, dan Gong. Terdapat beberapa seni persembahan dari pengaruh luar  yang dapat lihat di Malaysia antaranya Wayang kulit merupakan pengaruh dari China dan Jawa ada juga mengatakan dari India, Hadrah dan Dabus iaitu berasal dari Arab, Nobat yang berasal dari Parsi, Ghazal berasal dari arab, Bangsawan yang berasal dari India dan Barat, Tarian Singa dan Tarian Naga merupakan persembahan dari masyarakat China. Sementara kedatangan pengaruh eropah pada kurun 14 telah membawa budaya yang tersendiri seperti alatan muzik gitar, biola dan carvichord berasal Portugis, Mandolin, Banjolin dan gittern dari Belanda dan piano ,trompet dan seksafon iaitu dari Inggeris. Hasil daripada pembelajaran ini dapat disimpulkan bahawa muzik tradisional Malaysia adalah berasal dari budaya pengaruh luar. Apabila budaya kesenian  pengaruh luar berkembang ke Tanah Melayu maka ia berubah mengikut budaya penduduk tempatan antaranya wayang kulit dari India diaplikasikan di Tanah Melayu dengan menggunakan bahasa penduduk tempatan dan begitu juga dengan peralatan muzik mengubah dari sudut persembahan tetapi tanpa mengubah struktur asal peralatan tersebut.

Menerusi perbincangan berkaitan zikir dapat diketahui secara mendalam istilah dan sejarahnya.  Zikir bermasud mengingati Allah s.w.t bilamana dan dimana sahaja berada dengan cara yang dibolehkan oleh syarak seperti ucapan atau dengan hati. Zikir adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepasa Allah dan meninggalkan larangannya. Zikir berasal dari bahasa Arab iaitu ingat dan sebut. Dalam Islam zikir merujuk kepada ingat atau menyebut nama-nama Allah. zikir terbahagi kepada 2 iaitu Zikir Qalbi iaitu dilakukan dengan hati dan Zikir Lisani dilakukan dengan lidah. Terdapat beberapa pendapat tokoh berkaitan degan zikir iaitu Imam An-Nabawi menyatakan sebutan zikir merangkumi aspek gerak hati, sebutan dan amalan dan Imam Hassan Al- Banna menyatakan zikir adalah sebahagian untuk mendekati diri dengan Allah seperti bertaubat.  Jika dilihat dalam aspek sejarah zikir di Tanah Melayu bermula seiring dengan kedatangan Islam pada abad ke 7. Zikir dijadikan amalan hidup umat Islam. Pengaruh zikir di Tanah melayu dapat dikategorikan sebagai pengaruh dari Mazhab Shafie dilakukan selepas solat , pengaruh dari tarikat iaitu tarikat Ahmadiah dan Naqsabandiyah setiap tarikat mempunyai kalimah-kalimah Allah dan pengaruh lain seperti Fatihah adz-dzkir iaitu duduk dalam lingkaran imam berada ditengah pusat lingkaran dan zikir al-asma al-husna berdasrkan kebijaksanaan seorang pembimbing khusus untuk membimbing anak buahnya.  Sementara dari aspek upacara melibatkan zikir adalah tahlil iaitu apabila ada kematian dan sambutan hari kebesaran Negara seperti di Indonesia. terdapat perbezaan antara zikir, berzanji dan selawat antaranya zikir merupakan kata mengagungkan kebesaran Allah, berzanji merupakan syair untuk nabi Muhammad dan selawat adalh puji-pujian keatas nabi dan Rasul.  Zikir adalah satu ibadah setiap umat islam kerana dapat memberi ketenangan jiwa, membantu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dan terpelihara dari perkara larangan.  Zikir menggunakan alat muzik jenis membranofon iaitu rebana.  Zikir dari segi muzikal dapat diklasifikasikan kepada 2 iaitu selabik da mono sematik. selabik iaitu lagu yang dibawa adalah satu persatu dan mono sematik adalah lagu yang beralun.  Dapat disimpulkan bahawa zikir bukan semata-mata digunakan selepas solat malah dimana jua berada. Amalan zikir adalah amalan yang terbaik untuk umat Islam dan perlu diamalkan sehingga menjadi darah daging kita, bukan sahaja untuk mendapat pertolongan dan keluasan rahmat dari Allah bahkan mendapat pahala yang besar.  Menurut Sabda Rasullulah s.a.w : "orang-orang yang selalu lidah mereka lembut basah kerana banyak berzikir menyebut nama Allah itu akan masuk syurga dalam keadaan riang gembira dan senang".


Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP.A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    13 years ago
  • REFLEKSI KESELURUHAN - SALAM... Setelah 14 minggu bersama di dalam kelas SMP 2252 Muzik Tradisional ini telah banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan saya kira rakan-rak...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    13 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    13 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    13 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    13 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    13 years ago
  • BIODATA - Nama : Wan Fadillah Wan Hamat No Matriks : D20072031385 Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Kumpulan : A Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    13 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    13 years ago

BLOG PELAJAR KUMP.B

BLOG PELAJAR KUMP.C

SMP2252 Noorzarina Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template