Saturday, October 30, 2010

Minggu 14: Jurnal Refleksi



Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak perkara dapat saya pelajari. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Amran selaku pensyarah yang banyak mambantu dan mengajar saya serta rakan2 yang lain . Dan tidak lupa juga pada pelajar-pelajar muzik turut memberi sumbangan ilmu yang bermakna kepada saya Saya amat beruntung mengikuti kelas muzik ini kerana melalui kelas ini pelbagai perkara saya dapat pelajari. Berikut adalah:
  1. Mempelajari sesuatu yang baru iaitu "membuat blog"
  2. Mengenali jenis-jenis Muzik Tradisional Malaysia seperti wayang kulit, gendang 24 musim, menora, boria, zikir, ghazal, muzik klasik India, muzik cina dan potehi, muzik orang asli, makyong, muzik sabah dan sarawak, keroncong dan sebagainya.
  3. Mendalami muzik tradisional khususnya dalam aspek sejarah, latar belakang, perlatan muzik, struktur muzik, kategori peralatan muzik dan cara persembahan.
  4. Dapat meningkatkan diri saya dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta dapat memperbaiki kelemahan diri.
Hasil pembelajaran selama 14 minggu pada keseluruhannya adalah amat menarik .  Walaupun pada mulanya agak sukar saya menyesuaikan diri dengan kelas ini.  Tetapi dengan ketabahan dan dorongan daripada kawan2 dapat memberikan saya kekuatan untuk meneruskannya.  Salah satu sebab adalah kerana sem ini terlalu berat bagi saya dengan tugasan yang banyak  tetapi saya masih boleh membahagi masa saya dengan subjek ini dengan setiap minggu menjawab soalan yang dikemukakan dan membuat jurnal refleksi.  Walaupun subjek ini nampak seperti membebankan tetapi ia telah memberi satu suntikan yang amat bermakna bagi saya iaitu memberi saya ketenangan dengan mendalami muzik-muzik tradisional seperti keroncong, dongdang sayang dan sebagainya.  Sepanjang mengikuti kelas ini, saya tidak pernah merasa keboringan kerana kelas ini sentiasa memberi saya banyak maklumat yang saya tidak ketahui dalam muzik tradisional.  Selain itu juga saya amat bertuah kerana dapat tenaga pengajar yang berpengalaman dan sikapnya yang tegas dan sempoi membuatkan saya dan rakan-rakan lain tidak pernah merasa bosan mengikuti kelas.

Jika dilihat dari sudut teknikal kelas muzik ini saya amat berpuas hati tetapi sepatutnya perlu diseimbangkan antara teori dan praktikal.  Untuk pengetahuan, saya amat berminat dengan permainan alat-alat tradisional khususnya kompang dan caklempong.  Tidak semua ada kemahiran ini, maka dari sinilah kita dapat mengukir bakat bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk memainkan peralatan ini.  Saya memahami keadaan tidak mengizinkan kerana semester ini terlalu singkat dan tidak dapat memberi  kesempatan untuk kami berlatih dan mendalami peralatan ini secara praktikal.  Sementara kandungan kursus ini adalah amat baik.  Pelajar-pelajar diberi pendedahan semua berkaitan muzik tradisional.  Oleh itu pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh En Amran adalah bertepatan dengan transformasi masa kini.  Dengan cara ini para pelajar dapat belajar dengan kendiri dan segala pergerakan pelajar belajar melalui online (blog) akan dipantau oleh pensyarah. dari semasa ke semasa Manakala dari aspek kerja kumpulan, semua pelajar dapat memberi komitmen yang baik samada di dalam kelas mahupun bekerjasama dalam blog.  

Secara kesimpulannya, kelas muzik tradisional merupakan kelas yang terbaik bagi saya kerana cara pembelajaran adalah berbeza dengan yang lain.  Kelas ini telah memberi 2 pendedahan kepada pelajar untuk belajar iaitu melalui kuliah dan secara online.  Sistem seperti ini adalah wajar diteruskan untuk memudahkan para pelajar belajar secara interaktif dan kolaboratif  dalam memperbaiki kelemahan serta berbincang permasalahan yang dihadapi. 

Diakhir ungkapan kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak2 yang berkenaan yang banyak membantu dan mengajar saya sepanjang mengikuti kelas ini.  Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan2 sepejuangan semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan  yang akan tiba tidak lama lagi. Dan tidak lupa juga kepada En Amran dalam melanjutkan pelajarannya semoga berjaya mencapai impian. 

Sekian Terima Kasih


Selamat Hari Raya Aidil Adha.....:)  

&

Selamat menjawab kertas peperiksaan sesi I 2010/2011



7 comments:

SMP2252 EDDIE on October 30, 2010 at 8:04 AM said...

Secara keseluruhan pembelajaran muzik ini memberikan banyak pengetahuan berkenaan dengan alkat tradisional di malaysia..semoga apa yang kita pelajari dapat dimanafaat di masa akan datang.

damya hana on October 30, 2010 at 9:20 AM said...

satu ulasan yang baik..diharapkan apa yang dipelajari dari smp2252 muzik tardisional ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua. semoga berjaya dalam exam.

SMP2252 SALWA on October 30, 2010 at 4:10 PM said...

Salam aidiladha...100% bersetuju dengan kenyataan di atas...jika tiada pembelajaran seperti ini, sebilangan di antara kita termasuk saya pasti tidak mengetahui untuk mengunakan blog yang makin ramai bilangan penggunanya. Jika nak mempelajarinya secara khusus beratus perlu dikeluarkan dan hanya sehari diperuntukan tetapi dengan subjek ini 14 minggu depergunakan... tq En Amran

SMP 2252 NURUL HANA on October 31, 2010 at 5:21 AM said...

En. Amran. Damya Hana Itu Nurul Hana. salah login ehe..

nurulliyana on October 31, 2010 at 8:07 AM said...

saya bersetuju dengan noorzarina kerana smp2252 banyak memberi pengetahuan baru

SMP2252 FarHana on October 31, 2010 at 8:47 AM said...

betul apa yang noorzarian dan nurulliyana cakap....pendekatan baru yang digunakan oleh Encik Amran dalam subjek SMP2252 banyak memberi pelbagai perkara baru yang saya tidak ketahui dan menjadi tertarik dengan Muzik Tradisional Malaysia....selamat berjuang di medan peperiksaan....all the best....

~cikshue~ on October 31, 2010 at 8:56 AM said...

good luck in final exam~

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP.A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    14 years ago
  • REFLEKSI KESELURUHAN - SALAM... Setelah 14 minggu bersama di dalam kelas SMP 2252 Muzik Tradisional ini telah banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan saya kira rakan-rak...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    14 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    14 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    14 years ago
  • BIODATA - Nama : Wan Fadillah Wan Hamat No Matriks : D20072031385 Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Kumpulan : A Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    14 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    14 years ago

BLOG PELAJAR KUMP.B

BLOG PELAJAR KUMP.C

SMP2252 Noorzarina Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template